Terima kasih kepada yang sudi follow....

Tuesday, March 13, 2012

Gubahan Hantaran last minute punya...

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat & sejahtera sentiasa... Sebelum meneruskan coretan.. MaDiHaA ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua yang sudi bertandang ke sini walaupun tuan rumah tak update blog beberapa hari. Terima kasih juga diucapkan kepada semua teman2 yang sudi follow blog MaDiHaA yang tak seberapa ni... blog yang serba kekurangan... hehe..

Mohon maaf kerana beberapa hari tak dapat update... Sebenarnya cuti hujung minggu baru2 ni.. kami sekeluarga telah pulang ke kampong kerana menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu suami di Raub, Pahang.  Pagi semalam baru kami bertolak pulang semua ke PJ memandangkan suami yang keletihan membantu di tempat kenduri jadi rehatlah sehari lagi di kampong.  Kalau ikutkan plan asal.. kami nak balik semula ke PJ malam selepas hari kenduri Ahad baru ni sebab kakak Dini ada kelas tambahan dalam minggu ni.. tapi nampaknya terpaksa pontenglah sebab kami terpaksa tunda balik ke PJ pagi Isnin sebab suami tak larat nak memandu.. apa taknya.. kami hanya dapat tidur beberapa jam saja di kampong sebab berjaga hingga ke pagi membantu apa yang patut semasa memasak untuk kenduri. Pukul 3 pagi masih belum tidor masing2 sibuk ada yang menggoreng ayam, mesin kelapa dan sebagainya.. tidur sejam dua.. dah bangun semula... biasalah kan.. majlis kenduri kendara di kampong semuanya dibuat sendiri & tak menggunakan catering... jadi hubby antara anak saudara lelaki yang paling tua memainkan perasan yg besar juga pada hari kenduri tu... Selain hubby.. semua sepupu2 hubby yang lain juga memainkan peranan masing2 membantu apa yang patut.  Seronok melihat semua sepupu2 hubby & adik beradik mak bersatu setiap kali kenduri-kendara di adakan.. tambah pula mak punya adik beradik yang ramai.. bak kata orang.. jika tiada orang luar yang membantu pun.. insyaAllah kaum keluarga mak mampu melakukannya sendiri.. Tapi alhamdulillah.. kalau dah namanya kampong.. pastilah ramai juga orang kampong yang datang membantu..

Selain hubby... MaDiHaA sendiri pun membantu juga apa yang perlu.  Antara lain... diberi tugas menggubah beberapa hantaran yang masih belum disiapkan seperti gubahan sirih junjung, coklat, menyusun buah2an & ikat reben pada kotak kek.. hehehe...  Tak sangka pula akan diberi tugas menggubah hantaran di waktu2 terakhir gitu (kejadian sama seperti waktu sepupu lelaki hubby nak bertunang dulu...) Jadi dengan tiada apa2 persiapan & idea... dengan bahan2 yang sangat minima yang disediakan... MaDiHaA cubalah juga mengerah idea untuk menggubah setakat yang termampu. Sebenarnya hari Sabtu tu kami bercadang untuk singgah sekejap saja ke rumah mak saudara hubby yang buat kenduri tu untuk menghantar barang2 yang kami nak sumbangkan (beras, gula & minyak masak) & kemudian kami bercadang untuk meneruskan perjalanan ke rumah mak pula... tapi nampaknya.. kami terus lekat di rumah mak saudara sebab dah ada tugas yang menanti.. & akhirnya.. kami terus je bermalam di situ sebab mak & adik2 hubby yang lain semua dah berkumpul di situ juga petang tu... hehe..

Jom layan gambar gubahan sempoi yang MaDiHaA sempat buat ni... tak banyak pun.. hanya 2 gubahan saja & dua lagi hantaran cuma susun2 buah dalam bakul & ikat reben pada kotak kek tak pula ambil gambar closed up.. Gubahan2 yang lain.. pengantin dah siapkan... yang dalam gambar ni saja gubahan yang ku buat... Inilah dia gubahan last minute namanya... hehe..

Gubahan coklat

Antara coklat yang pengantin sediakan ialah 3 kotak coklat Tobblerone, 1 kotak coklat yang bulat2 tu (lupalah apa namanya), 1 kotak coklat duit emas & 1 kotak coklat empat segi comel2 tu... memang pening juga fikirkan nak gubah jadikan apa... last2 terfikir untuk buka kotak coklat dalam kotak yang bulat2 tu dan dijadikan gugusan buah anggur.. alhamdulillah... begitulah hasilnya....

Kehabisan double tape... terpaksa guna jarum peniti untuk lekatkan coklat duit emas kat tepi tu... huhu... gunakan jelah apa yang ada...


Sirih Junjung... idea lama...

Gubahan sirih junjung tu pula.. hanya ada satu saja gabus polisterin jenis silinder tu.. untuk bahagian tapak takde pula disediakan.  Fikir punya fikir.. last2.. fiber tempat letak telur tu ku gunakan untuk dijadikan tapak atau pemegang gabus polisterin. Itupun terpaksa tunggu orang pegi beli dawai dulu barulah boleh buat gubahan sirih junjung ni.. hehehe...  Itulah kan.. kalau tak cukup bahan2.. kenalah kreatif guna bahan apa yang ada di depan mata untuk menyelamatkan keadaan... Kali ni.. pengantin beli pinang yang dipotong sekeping2 mcm duit tu (yg keras tu).. nak buat bunga ros memang tak bolehlah pinang macam tu.. jadi buat jelah bunga macam dalam gambar kat atas tu saja... ditengah2nya kapur dijadikan inti.. punyalah besar inti bunga.. kah kah kah.. actually kapur tu terlampau lembik.. jadi begitulah kesudahannya... hehe...

Barisan hantaran dari pihak perempuan hasil gabungan gubahan dari pengantin & gubahan dari kakak sepupunya idea last minute punya... hehe..


Ok hingga ketemu lagi...

11 comments:

sabar dubai said...

salam kak madihaa masih cantik.....kalo kite yg buat..ntah ape laa jadiknyeee

izahdaut said...

cantik la kak. memang seni tangan akak ni..

sonata anak kancil said...

kalau dah cekap lagi pakar - apa yang ada semua boleh jadi ! idea yang sangat kreatif

Kak Rose said...

Salam madiha, kalau tangan dah mmg berseni, bahan x cukup pun masih cantuk jadinya.... tahniah dan selamat pengantin baru untuk sepupu hubby tu .

Masya said...

cantik simple jer.. nanti sy pun kene buat untuk adk jugak..

m.u.l.a.n said...

dah la pandai masak, pandai jugak gubah..!!! cantik nya semua tu..

tun_telani said...

tun mmg fail bab gubah2 nih.. jeles tgk org pandai wat gubahan.

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

Balik kg patut lah senyap sunyi aje

Ayu said...

Assalam ratna..cantiknya
gubahan yang dibuat tu..memnaglah sungguh creative awak ni tau..siap boleh buat serba bolehlah ..
kagum betul dgn ratna..

Oops akak baru tahu kek kat bawah tu untuk birthday Alin ya..
Happy belated birthday to your liitle girl yang comel yang akak geram rasa nak gigit pipinya tu..semuga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki membesar dgn sihat dan menjadi anak yang cerdas, cergas dan berjasa pada ibu dan ayah ya..

wah dah dapat pc baru ..congrtas juga ya ratna..

Amie said...

Cantik apa... kalau Amie gerenti hancussss... memang tangan Madiha tangan kreatif!

Shita Munir said...

boleh bagi adea nak wat hantaran yang terkini dengan budget "orang baru keja" tapi nampak elegan n mahal.hehe..tak nak kalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...